Tuesday, November 23, 2010

Hak kanak-kanak Islam


Islam sangat memandang berat soal pendidikan kanak-kanak dan memberi hak-hak yang sepatutnya kepada mereka. Islam telah menggariskan panduan yang tertentu serta cara dalam mendidik anak-anak sejak ia di dalam kandungan ibunya lagi malahan lebih awal daripada itu.Islam menggalakkan umatnya apabila memilih suami atau isteri hendaklah seorang yang mempunyai keperibadian yang mulia.Anak merupakan nikmat yang dikurniakan oleh Allah dan merupakan perhiasan dalam kehidupan manusia. Orang yang telah diberi nikmat ini sudah tentu memelihara dan mendidik dengan pendidikan Islam sebagai mensyukuri nikmat tersebut.
 
Menurut ahli Psikologi, kehidupan manusia ini terbahagi kepada dua peringkat.Peringkat pertama iaitu sejak ia lahir hingga berusia 18 tahun atau 20 tahun.Peringkat kedua iaitu berusia 20 tahun sehingga meninggal dunia.Pada peringkat pertama tadi, ia terbahagi kepada tiga bahagian iantu sejak lahir sehingga mengjangkau umur enam tahun,ketika berusia tahun sehingga berusia tiga belas tahun manakala bahagian ketiga ketika berusia 13 tahun sehingga berusia 18 atau 20 tahun.
 
Kanak-kanak memerlukan kasih sayang.
Kanak-kanak memerlukan kasih sayang daripada ibu bapa sepertimana ia berhajat kepada makanan dan minuman.Kasih sayang kepada anak-anak adalah merupakan sebahagian daripada pendidikan pertama yang sepatutnya diberi perhatian oleh ibubapa.Menurut ahli psikologi,kanak-kanak memerlukan kasih sayang disebabkan kepada tiga faktor utama iaitu:

Pertama: Kanak-kanak memerlukan kebahagian dan ketenangan dalam hidupnya. Melalui kasih sayang kepada kanak-kanak ,ia dapat merasai ketenangan dan kebahagiaan kerana mereka dilahirkan dalam keadaan lemah dan memerlukan pertolongan dan pergantungan kepada orang lain.

Kedua:Pembentukan dari segi pemikiran .Kanak-kanak yang terbentuk dari suasana kasih sayang yang sepenuhnya ,maka ia dapat membentuk pemikiran yang kreatif dan bernas.Di samping itu,kanak-kanak tersebut mempunyai daya ingatan yang kuat dan perangai yang baik.

Ketiga:Pembentukan dari segi masyarakat .Kanak-kanak yang diberikan kasih sayang sejak kecil lagi dapat menyesuaikan diri dengan masyarakat dan mempunyai kasih sayang kepada masyarakat sekelilingnya.
 
Hak kanak-kanak sebelum dilahirkan
Antara keistimewaan syariat islam ialah ia telah menggariskan hak kanak-kanak sebelum kanak-kanak itu dilahirkan di dunia ini lagi.Antara hak-hak tersebut ialah:

1. Ikatan perkahwinan suami isteri yang sah.Islam melarang keras perhubungan diantara lelaki dan perempuan tanpa ada ikatan perkahwinan yag sah.Adalah menjadi hak kanak-kanak supaya ikatan ibubapanya merupakan ikatan yang sah dari segi syarak supaya keturunannya terpelihara

2. Akidah ibubapa yang sama. Islam melarang seseorang muslim berkahwin dengan orang kafir kecuali ia memeluk agama islam.Seseorang lelaki yang hendak berkahwin hendaklah mencari perempuan yang solehah.Saidina Umar r.a pernah ditanya ; hendaklah seorang bapa memilih isterinya yang solehah, hendaklah menamakan anak-anaknya dengan nama yang baik dan hendaklah ia mengajarkan al-Quran.

3. Dilarang membunuh kanak-kanak dan membenci anak perempuan. Dalam masyarakat Jahiliah dahulu mereka membunuh kanak-kanak perempuan kerana menganggap ia boleh membawa malapetaka kepada keluarga. Oleh demikian semasa kedatangan Islam, Islam telah membawa sinar baru dalam kehidupan wanita serta mengangkat martabat mereka. Islam juga melarang membunuh kanak-kanak disebabkan takut kepada kemiskinan. Firman Allah yang bermaksud:"Dan janganlah kamu membunuh anak-anak kamu kerana khuatirkan kealpaan dan kemiskinan. Kamilah yang akan memberi rezeki kepada mereka dan kepada kamu. Sesungguhnya membunuh mereka itu adalah satu dosa yang besar.

4. Ibubapa perlu menyediakan persiapan untuk kanak-kanak yang bakal dilahirkan. Ibubapa hendaklah bersedia untuk mendidik anak-anak tersebut sehingga besar dengan didikan nilai-nilai murni dan mulia. Persiapan ini termasuk dari segi material dan kerohanian.
 
Hak kanak-kanak selepas lahir ke dunia.
1. Azan di telinga kanan dan iqamat di telinga seorang bayi sebaik sahaja ia lahir ke dunia .Antara rahsia dan hikmah azan ini ialah supaya kalimat yang mula-mula sekali didengar ialah kalimat tauhid, kalimah mengesakan Allah, kalimah syahadah ,mengajak menunaikan solat dan menuju kejayaan. Diriwayatkan dari Abu Daud dan al-Turmizi dari Abu Rafie bahawa Rasulullah mengazankan di telinga Hassan bin Ali sebaik sahaja dilahirkan oleh Fatimah. Di samping itu juga ia bertujuan untuk menghambat syaitan yang sentiasa menjadi musuh kepada manusia dan bersedia menggodanya. Sabda Rasulullah SAW yang bermaksud: "Siapa yang mendapat anak lalu ia azan di telinga kanannya dan diiqamatkan di telinga kirinya nescaya syaitan tidak dapat memudharatkan.”

2. Melakukan Tahnik, mencukur rambut dan Akikah. Tahnik bayi bererti menggosok-gosok langit-langit bayi dengan sedikit buah tamar yang telah dilecek atau dimamah supaya lembut. Disunatkan ketika memberikannya itu, kanak-kanak itu didoakan agar hidupnya sentiasa dalam keberkatan. Seeloknya orang yang hendak melakukan tahnik ini terdiri daripada orang yang soleh dan bertaqwa.

3. Mencukur rambut bayi ini dilakukan sebelum akikah dan sebaik-sebaiknya pada hari yang ketujuh dari kelahiran bayi. Ia merupakan sebagai lambang ibadat dan kesyukuran kepada Allah. Akikah ialah kenduri kesyukuran dengan menyembelih binatang sempena kelahiran bayi. Bagi kanak-kanak lelaki ialah dua ekor kambing manakala kanak-kanak perempuan satu ekor kambing.Walaubagaimanapun harus menyembelih seekor sahaja untuk anak lelaki kerana Rasulullah SAW pernah melakukan dengan menyembelih akikah seekor untuk Hassan dan seekor untuk Husain.

4. Memberi nama yang baik. Ibubapa bertanggungjawab memberi nama yang baik kepada anaknya .Sabda Rasulullah SAW yang bermaksud:"Di antara hak anak yang mesti ditunaikan oleh bapa tiga perkara:mengelokkan namanya bila ia lahir ,mengajarkannya al-Quran apabila ia matang dan mengahwinkannya apabila ia baligh".Para ulama menyebutkan bahawa harus menukar nama daripada nama yang buruk maknanya kepada nama yang lebih baik maknanya.Pada hari qiamat nanti semua manusia akan dipanggil dengan nama-namanya di dunia ini.

5. Hak Menyusu. Ibubapa bertanggungjawab menyusukan anaknya terutama dalam dua tahun pertama.Firman Allah SWT yang bermaksud:"Dan ibu itu wajib menyusui anak-anak mereka dalam tempoh dua tahun sempurna bagi mereka yang ingin menyempurnakan susuan tersebut".(al-baqarah 233)

6. Mengkhatannya.Berkhatan adalah satu amalan fitrah.Sabda Rasulullah SAW yang bermaksud :"Amalan fitrah ada lima perkara:mencukur bulu ari-ari, berkhatan,mengunting misaim,mencabut bulu ketiak dan mengerat kuku.

Menurut para ulama hokum khatan ini adalah sunat bagi bayi lelaki dan merupakan kemuliaan bagi bayi perempuan.Walaupun begitu terdapat perbezaan ulama tentang hukumnya iaitu ada tiga pendapat:

i. Wajib khatan bagi kanak-kanak lelaki dan perempuan.Ini merupakan pendapat Imam Ahmad,Ataa',Ibn Suraih, Rabiah, dan Awza'iy.
ii. Sunat muakkad bagi kanak-kanak lelaki dan perempuan.
iii. Wajib bagi kanak-kanak lelaki dan sunat bagi kanak-kanak perempuan iaitu pendapat setengah dari golongan ulama al-Syafieyyah.(Kitab Majmuk oleh Imam al-Nawawi,jil 1,hal 365 dan fathul Bari jil 10.hal 340)

Pendapat yang ketiga ini lebih sesuai dengan jamhur ulama yang mengatakan bahawa khatan adalah sunat muakkad bagi kanak-kanak perempuan.Mereka berdalilkan bahawa ia adalah "millah Abina Ibrahim"(mengikut jalan bapa kami nabi Ibrahim) yang telah diperintahkan oleh Allah SWT supaya berkhatan.Bagi kanak-kanak perempuan ,khatan ini dikenali sebagai "khifaadah" dalam bahasa Arab iaitu memotong sedikit dari sebahagian daging antara permukaan atas faraj.mengikut jamhur ulama ia merupakan kemuliaan bagi kaum wanita.Ini menolak dakwaan yang menyebutkan perkara tersebut merupakan amalan buruk. Rasulullulah SAW telah menyuruh serta menggalakkan kanak-kanak perempuan dikhatan dengan cara-cara tertentu dan jangan berlebihan semasa memotongnya sepertimana dilakukan oleh orang jahiliah.
 
Memberi Pendidikan dan Ilmu Pengetahuan
Setiap ibubapa bertanggungjawab mendidik anak-anak dengan pendidikan agama supaya anak-anak tersebut menjadi anak yang soleh.Ibubapa perlu menjaga diri kanak-kanak dari perkara yang boleh merosakkan dirinya sama ada dari segi pemikiran dan fizikal.Penekanan kepada pendidikan agama harus diberikan perhatian yang serius dalam pembentukan sahsiah mereka.Islam telah menggariskan panduan dalam mendidik kanak-kanak.Antaranya ialah:

i. Mengajar mengenali sifat-sifat ketuhanan.Islam menyuruh ibubapa mengajar kanak-kanak supaya mengenali sifat-sifat ketuhanan.Ia merupakan pendidikan awal dan asas dalam pembentukan pemikiran kanak-kanak dan pembinaan akidah yang mantap sejak kecil lagi. Sifat wajib yang kedua puluh tersebut mestilah diajar dengan kefahaman yang mendalam.Kanak-kanak telah dilahirkan dalam keaadan fitrah putih bersih,ibubapanya yang bertanggungjawab sepenuhnya dalam membentuk indentiti agamanya.

ii. Mengajar cara-cara sembahyang Ibubapa wajib mendidik anak-anaknya cara bersembahyang sejak kecil lagi.Sabda Rasululluah SAW yang bermaksud :"Ajarlah anak-anak kamu bersembahyang ketika berusia tujuh tahun dan pukul mereka ketika berusia sepuluh tahun dan asingkan antara mereka dalam tempat tidur.”

iii. Mengajar ilmu pengetahuanIbubapa bertanggungjawab mendidik serta memberi pendidikan ilmu pengetahuan yang baik kepada anak-anak .Ibubapa perlu menyemaikan minat untuk mereka membaca,dan cintakan ilmu pengetahuan .Ilmu pengetahuan ini meliputi segala ilmu yang manfaat kepada mereka dalam menghadapi cabaran hidup.Pada zaman sekarang ,ilmu-ilmu multimedia ,sains dan teknologi perlu dikuasai oleh mereka untuk menghadapi cabaran masa depan.

iv. Mengajar al-QuranRasulullah SAW sangat menekankan kepada ibubapa agar mengajarkan al-Quran kepada anak-anak .Sabda Rasulullah SAW yang diriwayatkan oleh Tabrani yang bermaksud :"Didiklah anak-anak kanu dengan tiga perkara iaitu cintakan nabi kamu, cintakan keluarga nabi kamu dan mengajarkan al-Quran kerana orang yang mendampingi al-Quran akan dinaungi oleh arash Allah pada hari yang tidak ada naungan selian darinya bersama para nabi-nabi dan pembantunya."

v. Mendidik mengenali kejadian ala miniIbubapa seharusnya mendidik anak-anak supaya mengenali kejadian ala mini serta mengambil iktibar daripadanya.Manusia perlu memahami hubungannya dengan alam sekeliling yang telah dijadikan oleh Allah untuk manfaat manusia.

vi. Mendidik dengan akhlak yang mulia.Setiap ibubapa bertanggungjawab mendidik anak-anaknya dengan akhlak yang mulia seperti bersifat amanah, jujur,ikhlas,menghormati orang tua,menunaikan haji,bercakap benar,beradab ketika makan dan minum,memilih makanan yang halal,suka kepada perbuatan kebajikan dan ma'aruf,sentiasa mencari kebenaran dan keadilan,benci sifat keji,kezaliman dan kerosakan harta benda.Islam juga menyeru ibubapa supaya mengajar anak-anak meminta izin sebelum memasuki bilik ibubapa dalam waktu-waktu yang tertentu.Selain dari itu,ibubapa haruslah menunjukkan contoh tauladan yang baik kepada anak-anak.

vii. Pembentukan tubuh badan yang sihat dan kuat.Islam menggalakkan kanak-kanak dilatih sejak kecil lagi dengan latihan jasmani supaya kanak-kanak tersebut menjadi sihat dan kuat.Pepatah arab ada menyebutkan :"akal yang baik lahir dari tubuh badan yang sihat".
 
Hukum Persenyawaan Tabung Uji
 
Penggunaan tabung uji bermaksud melakukan proses persenyawaan air mani lelaki ke dalam rahim perempuan bukan dengan cara hubungan jenis.Para ulama berpendapat seperti berikut:

1. Jika penggunaan tabung uji ini berlaku antara suami dengan isteri yang sah maka adalah harus dan jika berlaku selain dari suaminya maka adalah haram sama ada ia bersetuju atau tidak.

2. Jika air mani suami isteri itu diletakkan ke dalam rahim perempuan yang lain, maka adalah haram juga kerana bercampur nasab sama ada hendak dinasabkan kepada suami isteri tersebut atau kepada orang yang mengandungkannya.(ibu tumpang)
 
Hukum menggugurkan kandungan Janin.
Para ulama golongan shafie telah bersepakat bahawa peguguran kandungan janin adalah diharamkan apabila janin itu telah ditiupkan roh iaitu selepas 120 hari atau lebih dari 4 bulan.Jika sebelum ditiupkan roh,maka terdapat dua pandapat ulama iaitu:pendapat pertama menyebutkan bahawa haran sejak percampuran air mani lelaki dan perempuan sama ada sebelum ditiupkan roh atau selepasnya.Sementara pendapat kedua menyebutkan bahawa harus sebelum ditiupkan roh dan haram secara mutlak selepas ditiupkan roh.(Ittihaf al-Sadah al-Muttaqin oleh Zabidi,jil 6,hal 188 dan Ihya'Ulmuddin oleh Imam al-Ghazali,jil. 2 hal. 47)

Imam al-Ramli membuat kesimpulan di dalam kitabnya "Nihayatul Muhtaj" selepas mengambil pendapat Imam al-Ghazali yang mengharamkan pengguguran kandungan dengan menyatakan bahawa pendapat yang rajah (yang palinh sesuai ) ialah haram secara mutlak selepas ditiupkan roh dan harus sebelum itu.(Nihayul Muhtaj oleh Imam al-Ramli ,jil.8,hal.416.Dipetik dari kitab Darurat fi Syariat Islamiyyah oleh Mahmud Muhammad Abdul Aziz,hal.172)

Penulis bersetuju dengan pandangan diatas dan harus menggugurkan kandungan tersebut selepas 4 bulan sekiranya janin tersebut boleh mendatangkan kemudaratan kepada ibu yang mengandungkannya dan perkara ini mesti disahkan oleh doctor yang berwibawa dan dipercayai kebenarannya.

Ibu juga bertanggungjawab memelihara janinnya dari keguguran dan diharuskannya berbuka puasa jika dikhuatirkan boleh membawa mudarat terhadap diri dan janinnya.Islam juga tidak membenarkan melakukan qisas (hukuman bunuh) dan lain-lain hukuman dalam keadaan seseorang ibu yang mengandung .Jika ibu tersebut itu mati sementara janinnya itu hidup ,maka harus dikeluarkan janin tersebut.
 
Anak Yatim
 
Anak yatim adalah anak yang kematian ibubapa atau salah seorang daripadanya semasa ia kecil atau belum baligh atau anak yang kematian bapanya sebelum ia menjakau umur baligh.Islam mewasiatkan kepada umat manusia supaya melakukan hubungan baik dengan anak yatim,memberi perlindungan dan pengajaran ynag rapi serta memberi hak-hak mereka.Firman allah SWT yang bermaksud:"Oleh sebab itu ,maka anak yatim janganlah kamu hinakan."(al-Dhuha 9)" Tahukah engkau orang yang mendustakan agama?Iaitu orang yang menengking anak yatim."(al-Ma'un 1-2).Islam juga menegah sama sekali memakan harta anak yatim dengan cara zalim seperti yang dinyatakan oleh Allah dalam surah al-Nisa' ayat 6.
 
Kesimpulan
 
Peranan masyarakat amat penting dalam mendidik kanak-kanak supaya mencorak masa depan mereka.Mereka merupakan aset yang terpenting demi kesinambungan generasi kini.Gejala-gejala yang berlaku seperti penderaan kanak-kanak,lari dari rumah ,gadis be;asan tahun dijadikan pelacur,kanak-kanak terpaksa menjadi tenaga buruh,seks bebas dikalangan remaja dan harus dibendung dengan segera.Ia memerlukan kepada peranan seluruh masyarakat ,badan-badan sukarelawan ,badan-badan dakwah ,pertubuhan-pertubuhan NGO dan pihak pemerintah bagi mengatasi perkara ini.

Untuk mengatasi masalah ini disarankan:

1. Memberi kefahaman kepada ibubapa mengenai pentingnya pendidikan agama dalam institusi keluarga dengan memupuk nilai-nilai murni dan sejagat.

2. Badan-badan dakwah dan sukarelawan ,pertubuhan-pertubuhan NGO harus mempergiatkan aktiviti bersama para remaja dengan memberi panduan dalam membina masa depan mereka.

3. Seluruh masyarakat seharusnya bermuafakat bagi membentuk auasana harmonis,kasih sayang dan aktif dalam proses pembinaan diri kanak-kanak.

Kita merasa hairan kepada orang yang ingin memperjuangkan hak kanak-kanak tetapi mereka menghalalkan "hubungan perzinaan" kerana untuk melahirkan kanak-kanak yang mantap seharusnya bermula dari ikatan perkahwinan yang sah.Begitu juga institusi kekeluargaan yang kukuh merupakan amanah dari Allah Yang Maha Kuasa dan anak yang soleh itu akan memberi kebahagiaan untuk ibubapanya di dunia dan di akhirat.Di negara umat Islam terdapat kanak-kanak yang buta huruf, menjadi buruh kasar dan tidak ada perlindungan yang khas bagi mereka.Adalah menjadi tanggungjawab umat Islam untuk memastikan kesinambungan kekuatan zuriat-zuriat mereka dalam menempuh alaf baru.

Gout ( Sakit Sendi )

Pengenalan
Gout adalah sejenis penyakit akibat berlebihan asid urik di dalam badan.
  • Asid urik adalah bahan kumuhan berasal dari sejenis protein yang dipanggil purin.
  • Badan kita membuang bahan kumuhan ini melalui air kencing (urin).
  • Bagi pengidap gout, asid urik yang berlebihan tidak dibuang dan berkumpul di dalam sendi.
  • Ia adalah salah satu penyakit yang paling lama dihidapi manusia, sejak zaman dahulu kala lagi.
  • Pada masa dahulu gout boleh menyebabkan kemudaratan dan kecacatan, kini dengan kemajuan dalam bidang perubatan, gout boleh dikawal.
  • Ia sering dihidapi oleh kaum lelaki dalam lingkungan usia antara 30 hingga 60 tahun.
  • Ia jarang sekali dihidapi oleh kaum wanita sebelum putus haid.

Tanda Gout
  • Gout lazimnya menyerang ibu jari kaki.
  • Ibu jari kaki menjadi merah, panas, bengkak dan tersangat sakit.
  • Serangan selalunya berlaku secara tiba-tiba, kerap kali semalaman.
  • Sendi yang diserang menjadi bisa sehinggakan geseran dengan selimut pun begitu menyeksakan.
  • Sakit mungkin berlarutan berhari-hari, atau sekurang-kurangnya 1-2 minggu untuk reda jika tidak dirawat.
  • Sakit mungkin menyerang kembali selepas berminggu atau bulan.
  • Gout boleh menyerang sendi-sendi lain seperti buku lali, lutut, pergelangan tangan dan jari.

    Komplikasi
    • Asid urik boleh berkumpul di bawah kulit membentuk benjolan di panggil ’tophi’
    • Dalam saluran urinari (air kencing), ia boleh berkumpul membentuk ’batu karang’.
    • Penghidap gout juga sering menghidapi penyakit atau masalah kesihatan lain seperti:
      • Kegemukan
      • Darah tinggi
      • Hiperlipidemia
      • Diabetes
    Rawatan
    Gout adalah suatu penyakit yang boleh sembuh tetapi anda harus mengambil langkah-langkah untuk mengatasinya.

    Rawatan serangan
    • Rehatkan sendi semasa serangan gout.
    • Ubat-ubatan anti-radang berkesan untuk mengurangkan sakit dan keradangan sendi. Walaupun ia boleh mendatangkan kesan sampingan seperti sakit perut. Jika digunakan dalam jangka masa yang singkat, kesan sampingan jarang berlaku.
    • Ubatan lain seperti colchicine juga boleh diambil. Walaupun ia amat berkesan, ia boleh menyebabkan loya, muntah dan cirit-birit (Peringatan: Colchicine hanya boleh diambil melalui preskripsi doktor)
    • Steroid (Peringatan: Steroid hanya boleh diambil melalui preskripsi doktor)
      • Lazimnya cecair steroid disuntik terus ke sendi yang radang
      • Pil steroid boleh diambil dalam jangka masa yang pendek jika penghidap tidak boleh mengambil ubat-ubatan yang lain. Walaubagaimanapun, ianya tidak boleh diambil berpanjangan.
    • Sentiasa peka terhadap tanda-tanda awal serangan. Jika rawatan dimulakan awal, penyakit ini tidak akan melarat.
    Rawatan Jangka Masa Panjang
    Oleh kerana gout disebabkan oleh asid urik yang berlebihan dalam badan, anda haruslah mengelakkan faktor-faktor yang boleh menambahkan paras asid urik.
      • Menjaga berat badan – kegemukan boleh mengganggu keupayaan badan untuk mengeluarkan asid urik yang berlebihan
      • Mengelakkan minuman keras
      • Pemakanan – elakkan pengambilan makanan yang mengandungi purin yang tinggi
      • Sesetengah daging binatang, makanan laut, kekacang mengandungi purin yang tinggi.
    Pemakanan
    Di bawah disenaraikan makanan yang kaya dengan purin:.
    ELAKKAN MAKAN
    KURANGKAN MAKAN
    • Organ dalaman seperti hati, paru-paru, ginjal dan otak
    • Ikan bilis, kembung, sardin
    • Daging cincang
    • Ekstrak daging, ragi (seperti Marmite) dan kiub rebusan daging
    • Makanan bercengkerang seperti ketam, udang dan kerang
    • Asparagus, bunga kobis, cendawan dan bayam
    • Peanuts, lentil, beans and peas
    • Poultry
    • Roti jagung dan bijirin
    Pencegahan
    • Ubah cara hidup anda untuk memastikan paras asid urik yang normal
    • Amalkan cara hidup sihat untuk mengelak dari menghidap penyakit-penyakit yang berhubungkait dengan gout
    • Apabila mengambil Allopurinol, ianya perlu diambil secara berterusan.
    • Jangan mengubah atau menghentikan dos Allopurinol semasa serangan gout.
    • Minum banyak air.
     Gout Boleh Diwarisi?
    • Gout boleh diwarisi tetapi faktor persekitaran juga memainkan peranan
    • Gout adalah penyakit yang boleh dirawat. Pada zaman dahulu, gout merupakan salah satu penyebab kerosakan dan kecacatan sendi. Pada hari ini, dengan rawatan yang baik, ianya boleh dikawal.
    • Adalah penting untuk mengamalkan cara hidup sihat.
    Sayangilah tubuh badan anda kerana ia adalah anugerah yang tidak ternilai dari maha Esa (^.~)v 

    Monday, November 22, 2010

    SPM n STPM


    Selamat menduduki SPM & STPM 2010 .
    Buat yang terbaik kerana anda memang yang terbaik … 



    Friday, November 19, 2010

    Kami Perihatin (^.~)v

    RAMAI daripada kita yang sering terlepas pandang atau mungkin tidak menyedari, bahawa satu peratus penduduk Malaysia adalah kanak-kanak istimewa dan mereka memerlukan perhatian khusus atau pendidikan khas dalam pembelajaran Pensyarah Pendidikan Khas di Fakulti Pendidikan Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Prof Madya Dr Norani Md Salleh, berkata: kanak-kanak istimewa tidak boleh dipinggirkan, malah seperti kanak kanak normal yang perlu diberikan pendidikan sempurna demi memastikan kebaikan dan menjamin masa depannya . Kita sepatutnye bersyukur degan nikmat yang Allah S.W.T berikan kepada kita . 



    Alangkah beruntungnya kita sempurna akal dan fizikal . Jangan sesekali kita membiarkan atau mempergunakan kanak-kanak istimewa . Meraka juga mempunyai hati dan perasaan . Akhir kata sayangi dan kasihi lah mereka seperti kanak-kanak normal .


    Friday, November 5, 2010

    TANDA-TANDA KEMATIAN

    Ini adalah tanda pertama dari Allah SWT kepada hambanya dan hanya akan disedari oleh mereka yang dikehendakinya. Walaubagaimanapun semua orang Islam akan mendapat tanda ini cuma samada mereka sedar atau tidak sahaja. Tanda ini akan berlaku lazimnya selepas waktu Asar.

    Seluruh tubuh iaitu dari hujung rambut sehingga ke hujung kaki akan mengalami getaran atau seakan-akan mengigil. Contohnya seperti daging lembu yang baru saja disembelih dimana jika diperhatikan dengan teliti kita akan mendapati daging tersebut seakan-akan bergetar. Tanda ini rasanya dan bagi mereka yang sedar dan berdetik di hati bahawa mungkin ini adalah tanda mati maka getaran ini akan berhenti dan hilang setelah kita sedar akan kehadiran tanda ini. Bagi mereka yang tidak diberi kesedaran atau mereka yang hanyut dengan kenikmatan tanpa memikirkan soal kematian, tanda ini akan lenyap begitu sahaja tanpa sebarang munafaat. Bagi yang sedar dengan kehadiran tanda ini maka ini adalah peluang terbaik untuk memunafaatkan masa yang ada untuk mempersiapkan diri dengan amalan dan urusan yang akan dibawa atau ditinggalkan sesudah mati.

    TANDA EMPAT PULUH HARI
    Tanda ini juga akan berlaku sesudah waktu Asar. Bahagian pusat kita akan berdenyut-denyut. Pada ketika ini daun yang tertulis nama kita akan gugur dari pokok yang letaknya di atas Arash Allah SWT. Maka Malaikat Maut akan mengambil daun tersebut dan mula membuat persediaannya ke atas kita, antaranya ialah ia akan mula mengikuti kita sepanjang masa. Akan terjadi Malaikat Maut ini akan memperlihatkan wajahnya sekilas lalu dan jika ini terjadi, mereka yang terpilih ini akan merasakan seakan-akan bingung seketika. Adapun Malaikat Maut ini wujudnya cuma seorang tetapi kuasanya untuk mencabut nyawa adalah bersamaan dengan jumlah nyawa yang akan dicabutnya.

    TANDA  TUJUH HARI
    Adapun tanda ini akan diberikan hanya kepada mereka yang diuji dengan musibah kesakitan di mana orang sakit yang tidak makan secara tiba-tiba ianya berselera untuk makan.

    TANDA  TIGA HARI

    Pada ketika ini akan terasa denyutan di bahagian tengah dahi kita iaitu diantara dahi kanan dan kiri. Jika tanda ini dapat dikesan maka berpuasalah kita selepas itu supaya perut kita tidak mengandungi banyak najis dan ini akan memudahkan urusan orang yang akan memandikan kita nanti.

    Ketika ini juga mata hitam kita tidak akan bersinar lagi dan bagi orang yang sakit hidungnya akan perlahan-lahan jatuh dan ini dapat dikesan jika kita melihatnya dari bahagian sisi. Telinganya akan layu dimana bahagian hujungnya akan beransur-ansur masuk ke dalam. Telapak kakinya yang terlunjur akan perlahan-lahan jatuh ke depan dan sukar ditegakkan.

    TANDA 1 HARI
    Akan berlaku sesudah waktu Asar di mana kita akan merasakan satu denyutan di sebelah belakang iaitu di kawasan ubun-ubun di mana ini menandakan kita tidak akan sempat untuk menemui waktu Asar keesokan harinya.

    TANDA AKHIR
    Akan berlaku keadaan di mana kita akan merasakan satu keadaan sejuk di bahagian pusat dan ianya akan turun ke pinggang dan seterusnya akan naik ke bahagian halkum. Ketika ini hendaklah kita terus mengucap kalimah syahadah dan berdiam diri dan menantikan kedatangan malaikatmaut untuk menjemput kita kembali kepada Allah SWT yang telah menghidupkan kita dan sekarang
    akan mematikan pula.

    Sesungguhnya mengingati mati itu adalah bijak

    Thursday, November 4, 2010

    Istihdad ( membuang bulu ari2 ) PG13


    Bukan lucah tetapi ilmiah (PG13)


    Hukum Istihdad 


    Para ulama (semua mazhab yg empat) bersepakat bahawa disunatkanmembuang bulu ari2. Ini berdasarkan hadis yg berikut:

    خمس من الفطرة الإستحداد والختان وقص الشارب ونتف الإبط وتقليم الأظفار

    Maksudnya: "Lima perkara daripada fitrah: mencukur bulu ari2, berkhitan , memotong misai, mencabut bulu ketiak dan memotong kuku." (Hr Bukhari dan Muslim)


    Bulu ari2 

    Imam Nawawi mendefinasikan bulu ari2 adalah "Bulu yang tumbuh disekeliling zakar lelaki dan faraj perempuan dan juga pada permukaan keduanya."


    Cara menghilangkan 

    Para ulama bersepakat diharuskan menghilangkan bulu ari2 dengan mencukur, mencabut, gunting atau meletakkan bahan yg menghilangkan bulu tersebut.
     

    Para ulama berselisih pendapat dengan cara apakah yang terbaik seperti mana berikut:-
    1. Mazhab hanafi: Bercukur lebih afdal bagi lelaki dan dimulakan dari bawah pusat. Diharuskan dengan bahan yg menghilangkan bulu. sunat bagi perempuaى utk mencabutnya. 

    2. Mazhab Maliki: Bercukur bulu ari2 adalah sunat bagi lelaki dan wanita. Wanita tidak boleh mencabutnya kerana memudarat kulit. Menghilangkan bulu dengan bahan (sprti serbuk) yg menghilangkan bulu adalah harus bagi wanita dan makruh bagi lelaki.


    3. Mahab Syafie: Sunnahnya adalah bercukur seperti mana dalam lafaz hadis. Diharuskan untuk cabut, potong dan menghilangkan dgn bahan tertentu.Ulama Syafie mewajibkan wanita membuang bulu ari2 apabila disuruh oleh suaminya. 

    4. Mazhab Hanafi: Mencukur bulu ari2 adalah sunat. Menggunakan cara lain adalah diharuskan.
     

    Masa Istihdad
     

    Disunatkan mencukur bulu ari2 bila ia panjang. Apabila lebih 40 hari tidak dibuang maka haram membiarkannya selepas itu. Ini berdasrkan hadis sahih daripada Anas r.a beliau berkata:
     

    وقت لنا في قص الشارب وتقليم الأظفار وحلق العانة أن لا نترك أكثر من أربعين ليلة

    Maksudnya: "Telah ditetapkan waktu bagi kami untuk memotong misai, memotong kuku dan mencukur bulu ari2 agar tidak lebih dari 40 malam" (Hr Muslim)
     

    Dimana perlu di buat bulu yang telah dicukur?


    Imam Nawawi berkata: "Dan disunatkan menanam rambut, bulu2 dan kuku yang telah berpisah dari badan di dalam tanah. Perkara ini diambil dari Ibnu Umar r.a. Semua Ulama syafie telah bersepakat dengan perkara ini."



    Dan harus di ingatkan bahawa haram mendedahkan bulu-bulu ari-ari ini pada yang sesiapa kecuali diri sendiri kerana ia menjadi auratnya biarpun sudah terpisah daripada badan .


    Bukan untuk orang lain tetapi untuk menjaga kebarsihan kita juga :)

    Kesan Telefon Bimbit


    Telefon bimbit merupakan kemudahan era moden dalam masyarakat kita. Namun begitu, inovasi canggih ini mengancam kesihatan manusia. Kita terdedah kepada pelbagai bentuk sinaran setiap hari.
    Daripada gelombang mikro hinggalah sinar X, kita sentiasa dikelilingi gelombang E.M.F (sinaran elektromagnet). Hampir 2 bilion orang di seluruh dunia (26 juta pengguna di Malaysia) menggunakan telefon bimbit. Kebanyakan di antara mereka ialah kanak-kanak. Penggunaan yang berleluasa ini bermaksud pendedahan terhadap sinaran elektromagnet yang belum pernah berlaku dahulu. Anggaran meletakkan pendedahan terhadap sinaran E.M.F adalah 100 kali lebih tinggi daripada beberapa dekad dahulu.

    Soalan-soalan Lazim:

    • Apakah itu E.M.R?
      E.M.R merujuk kepada Radio Elektromagnet, sinaran frekuensi berbahaya yang dipancarkan oleh telefon bimbit. Sinaran tidak mengion daripada sumber frekuensi rendah mengion seperti model awal telefon bimbit dipercayai selamat. Pandangan ini telah berubah sejak kuasa telefon bimbit telah dipertingkatkan daripada gelombang paras rendah kepada gelombang mikro paras tinggi.
    • Apakah perbezaan antara Gelombang Radio dan Gelombang Mikro?
      Gelombang radio adalah kuasa penghantaran berparas rendah yang menghantar isyarat dari atau ke telefon anda. Frekuensi tidak mengion ini adalah selamat. Kini, telefon bimbit berkapasiti 900MHZ hingga 2.4GIGs atau lebih tinggi agar anda dapat menerima isyarat yang jelas apabila bergerak dari satu bilik ke bilik lain atau di luar. Namun demikian, telefon anda kini dilengkapi kuasa sinaran gelombang mikro/inframerah.
    • Adakah telefon bimbit membahayakan?
      Beberapa penyelidikan telah menunjukkan sinaran frekuensi radio daripada antena telefon bimbit "menyebabkan kerosakan genetik dalam darah manusia", sementara satu kajian kes lagi mendapati "peningkatan statistik yang signifikan" bagi tumor otak neuro-epitelium di kalangan pengguna telefon bimbit.

      Dalam tahun 2004, satu kajian terhadap 750 orang yang dilaksanakan oleh Karolinska Institute di Sweden mendapati bahawa penggunaan telefon bimbit selama 10 tahun dan ke atas meningkatkan risiko tumor telinga sebanyak 4 kali.
    • Apakah kesan-kesan bahaya daripada penggunaan telefon bimbit yang terlalu kerap?
      Banyak pengguna mengadu bahawa telefon mereka terasa hangat dan mereka mengalami tanda-tanda seperti sakit kepala, kelesuan, kebas dan hilangan ingatan. Ada telefon bimbit yang lebih menjana haba daripada yang lain. Dalam satu kajian terhadap remaja di bawah  16 tahun, saintis di Eropah melaporkan hilangan memori jangka pendek (sehingga 50 minit) boleh berlaku selepas menggunakan telefon bimbit.

      Bahaya teknologi wayarles mungkin lebih tragik daripada kesan rumah hijau. Sinaran telefon bimbit boleh mengakibatkan kerosakan genetik. Malah, penggunaan secara sederhana teknologi komunikasi mudah alih ini masih boleh meningkatkan risiko tumor otak secara mendadak.

      Telefon Bimbit 'Merosakkan Sel-sel Darah'

      Sinaran telefon bimbit boleh merosakkan sel-sel darah dengan meningkatkan tekanan sesama mereka, kata para saintis.

      Telefon Bimbit 'Mengubah DNA Manusia'

      Kajian makmal menunjukkan bahawa gelombang radio daripada telefon bimbit boleh mengancam sel-sel badan dan merosakkan DNA.
      (Sumber dari BBC News)


      Telefon Bimbit boleh Mempengaruhi Kualiti Sperma - kata penyelidik

      Jika telefon bimbit disimpan dalam poket dan dibiarkan dalam mod cakap akan merendahkan kualiti sperma, demikian menurut penyelidikan baru daripada Cleveland Clinik.
      (Sumber dari CNN, Dis 2008)


      Kajian: Radiasi dari Telefon Bimbit Merosakkan Daya Ingatan

      Pendedahan terhadap sinaran telefon bimbit memburukkan daya ingatan jangka pendek tikus, menurut kajian baru di Sweden.
      (Sumber dari 'The Total Sweden News in English')


      Barah Otak Dikaitkan Dengan Penggunaan Telefon Bimbit di Kalangan Anak Muda

      Sekumpulan saintis antarabangsa menyeru Kanada dan negara-negara lain untuk menggubal standard keselamatan yang lebih ketat terhadap penggunaan telefon bimbit selepas didapati risiko menghidap tumor malignan otak melonjak lima kali ganda dalam kanak-kanak yang mula menggunakan telefon bimbit sebelum usia 20.
      (Sumber dari 'Canwest News Service | Oleh: Sarah Schmidt - 03/22/09)


      Kesan Radiasi Telefon Bimbit, Tumor Otak dan Kanak-kanak

      Dalam meta-analisis yang diterbitkan dalam isu Mei 2008, Jurnal Antarabangsa Onkologi, penyelidik Sweden menemui perkaitan antara tumor otak dan penggunaan telefon bimbit.
      (Sumber dari Universiti Hospital, Orebo Sweden | Oleh: Lennart Hardell - 11/06/08)
    p.s : jangan bergayut dengan handphone lama-lama ...