Bukan lucah tetapi ilmiah (PG13)
Hukum Istihdad
Para ulama (semua mazhab yg empat) bersepakat bahawa disunatkanmembuang bulu ari2. Ini berdasarkan hadis yg berikut:
خمس من الفطرة الإستحداد والختان وقص الشارب ونتف الإبط وتقليم الأظفار
Maksudnya: "Lima perkara daripada fitrah: mencukur bulu ari2, berkhitan , memotong misai, mencabut bulu ketiak dan memotong kuku." (Hr Bukhari dan Muslim)
Bulu ari2
Imam Nawawi mendefinasikan bulu ari2 adalah "Bulu yang tumbuh disekeliling zakar lelaki dan faraj perempuan dan juga pada permukaan keduanya."
Cara menghilangkan
Para ulama bersepakat diharuskan menghilangkan bulu ari2 dengan mencukur, mencabut, gunting atau meletakkan bahan yg menghilangkan bulu tersebut.
Para ulama berselisih pendapat dengan cara apakah yang terbaik seperti mana berikut:-
1. Mazhab hanafi: Bercukur lebih afdal bagi lelaki dan dimulakan dari bawah pusat. Diharuskan dengan bahan yg menghilangkan bulu. sunat bagi perempuaى utk mencabutnya.
2. Mazhab Maliki: Bercukur bulu ari2 adalah sunat bagi lelaki dan wanita. Wanita tidak boleh mencabutnya kerana memudarat kulit. Menghilangkan bulu dengan bahan (sprti serbuk) yg menghilangkan bulu adalah harus bagi wanita dan makruh bagi lelaki.
3. Mahab Syafie: Sunnahnya adalah bercukur seperti mana dalam lafaz hadis. Diharuskan untuk cabut, potong dan menghilangkan dgn bahan tertentu.Ulama Syafie mewajibkan wanita membuang bulu ari2 apabila disuruh oleh suaminya.
4. Mazhab Hanafi: Mencukur bulu ari2 adalah sunat. Menggunakan cara lain adalah diharuskan.
Masa Istihdad
Disunatkan mencukur bulu ari2 bila ia panjang. Apabila lebih 40 hari tidak dibuang maka haram membiarkannya selepas itu. Ini berdasrkan hadis sahih daripada Anas r.a beliau berkata:
وقت لنا في قص الشارب وتقليم الأظفار وحلق العانة أن لا نترك أكثر من أربعين ليلة
Maksudnya: "Telah ditetapkan waktu bagi kami untuk memotong misai, memotong kuku dan mencukur bulu ari2 agar tidak lebih dari 40 malam" (Hr Muslim)
Dimana perlu di buat bulu yang telah dicukur?
Imam Nawawi berkata: "Dan disunatkan menanam rambut, bulu2 dan kuku yang telah berpisah dari badan di dalam tanah. Perkara ini diambil dari Ibnu Umar r.a. Semua Ulama syafie telah bersepakat dengan perkara ini."
Dan harus di ingatkan bahawa haram mendedahkan bulu-bulu ari-ari ini pada yang sesiapa kecuali diri sendiri kerana ia menjadi auratnya biarpun sudah terpisah daripada badan .
Bukan untuk orang lain tetapi untuk menjaga kebarsihan kita juga :)
No comments:
Post a Comment