Sunday, January 23, 2011

Slot Baru (D'Restoran)



Assalamualaikum ...
Syahmi nak wat slot bru dlm blog nie ...
name slot nie D'Restoran ...
Slot nie dijelmakan untk b'kongsi tmpt2 mkn yg best2 kat dlm Malaysia ...
ape pendapat korg ???
a ) setuju 
b ) x setuju 
c ) try dulu 
d ) blh la 
plz comment ....

Saturday, January 22, 2011

Keresahan


Pengenalan 
"Saya berasa takut padahal tidak ada apa yang yang saya perlu takut.Tiba-tiba saya berasa bimbang, dada saya berdebar-debar, saya berpeluh dan saya dapat merasakan yang sesuatu yang tidak baik akan menimpa saya"
Ini adalah fenomena yang sering terjadi dan fenomena ini dinamakan keresahan. Keresahan ialah apa yang kita rasa apabila diancam samada benar atau hanya imaginasi kita sahaja.

Tanda dan gejala penyakit 
Tanda-tanda psikologikal
  • Perasaan risau dan takut
  • Perasaan bimbang
  • Susah untuk tidur
  • Gelisah
  • Cepat marah
Tanda fizikal
  • Dada berdebar-debar
  • Tidak sedap perut(rasa nak terberak,cirit-birit)
  • Mudah berpeluh, berasa seram sejuk
  • Sakit atau pening kepala, mata berpinar-pinar
  • Badan berasa kejang dan tegang
  • Mudah letih
Jenis-jenis Keresahan
Ada banyak jenis keresahan antaranya:-
  1. Kecelaruan Keresahan Umum.
    • Sentiasa berasa resah dan gelisah sepanjang masa. Sentiasa bimbang tentang berbagai-bagai masalah.
  2. Kecelaruan Panik
    • Keadaan di mana keresahan terjadi dengan tiba-tiba tanpa disangka-sangka.Tahap keresahan adalah sangat tinggi sehinggakan pesakit menyangka ia akan mati.
  3. Kecelaruan Fobia
    • Keresahan yang dialami selalu berkait dengan objek dan situasi yang spesifik contohnya keuwjudan ular,labah-labah,bagunan yang tinggi,tempat yang sesak,majlis keramaian rasmi dan terbang dalam kapalterbang.
  4. Kecelaruan Stres Pasca-trauma
    • Keresahan yang dialami berikutan terdedahnya kepada situasi yang sangat menakutkan dan mengerunkan seperti bencana alam, gempa bumi,tsunami,peperangan, kejadian kena rogol dan sebagainya. Seseorang itu mungkin teringat kembali peristiwa itu, mimpi yang mengerikan dan akan mengelakkan diri dari tempat dan situsi yang sama.
  5. Kecelaruan Obsesif-Kompulsif
    • Seseorang itu mempunyai fikiran yang tidak rasional yang sentiasa menghantuinya dan datang bertubi-tubi dengan tidak dapat dilawannya dan menyebabkan ia berasa tidak selesa dan sangat resah. Contohnya ia berasa bahawa tangannya sangat kotor(fikiran obsessif).Ia akan berusaha membasuh tangannya berkali-kali (kelakuan kompulsif) supaya keresahannya dapat dikurangkan.
Komplikasi 
Sekiranya tidak dirawat, penyakit ini akan melarat dan menjadi kronik dan mengurangkan keupayaan kita menjalani naktiviti hidup harian dengan berkesan.

Rawatan 
Satu penilaian yang lengkap dan teliti oleh doktor adalah perlu terutamanya untuk mengenalpasti penyakit-penyakit lain seperti thyrotoxicosis atau pengunaan ubat-ubat lain bukan penyebab penyakit ini.
  • Ubat-ubat:
    • Pengunaan ubat untuk mengurangkan keresahan (anxiolytic) selalunya digunakan untuk tempoh yang singkat untuk memberi kelegaan yang cepat sebelum timbulnya kesan ubat lain.
  • Psikoterapi:
    • Ini melibatkan sessi bercakap tanpa batasan dengan perawat anda untuk menemui sebab sebenar yang membawa kepada keadaan keresahan anda, mengenal diri anda dan mengenalpasti kaedah alternative yang boleh anda gunakan untuk menangani masalah anda dengan lebih berkesan.
  • Terapi kognitif-tingkahlaku
    • Terapi ini mengubah cara anda berfikir dan memerhati keadaan di sekeliling anda. Anda juga akan belajar cara baru untuk menangani keadaan yang menganggu anda dengan memberi pendedahan kepada keadaan itu dengan car yang teratur dan memberi kesan yang positif.
  • Teknik Relaksasi:
    • Banyak jenis kaedah dan teknik yang dapat menenangkan dan mengurangkan keresahan akan diajar semasa sessi ini berjalan.
Anda hendaklah sentiasa berbincang dengan doktor anda mengenai pelbagai pilihan kaedah rawatan yang ditawarkan untuk anda.

Pemulihan
Setelah tanda-tanda penyakit dapat dikawal dengan mengambil ubat secara teratur, satu plan rehabilatasi yang lengkap dan komprehensif harus diatur supaya pesakit dapat kembali berfungsi di dalam masyarakat seperti sediakala..

Setiap Jabatan psikiatri di setiap hospital-hospital besar seluruh Negara mempunyai unit pemulihan carakerja dengan kakitangan terlatih bagi membantu anda pulih sepenuhnya dari penyakit anda.

Sebahagian daripada pusat-pusat kesihatan sudah dilengkapi dengan unit pemulihan psikososial di dalam komuniti bagi membantu anda pulih dari penyakit dan mengembalikan keyakinan diri untuk berkerja dan berinteraksi dengan mayarakat

Kanser Mulut

Assalamualaikum ... 
Masuk 24/1/2011 genablah setahun pemergian ibu kepada Mohd Taufiq B. Azam akibat kenser mulut .
Al-Fatihah .. semoga rohnya dicucuri rahmat ...


Latar belakang 
Kanser mulut merupakan ketumbuhan tisu yang tidak normal di dalam mulut. Pengesanan dan rawatan awal dapat mencegah berlakunya hilang upaya yang teruk dan dapat meningkatkan kualiti kehidupan pesakit.

Lokasi yang sering terjadi kanser mulut
Kanser mulut sering terjadi di lokasi berikut :
  • Lidah
  • Lantai mulut
  • Lapisan dalam pipi
  • Gusi
  • Lelangit
  • Bibir bawah   
Faktor-faktor risiko 
Berikut adalah faktor- faktor risiko yang menyebabkan kejadian kanser mulut :
  • Merokok
  • Mengunyah tembakau
  • Mengunyah pinang dengan / tanpa tembakau
  • Minum alkohol yang berlebihan
  • Terdedah pada sinaran matahari secara berlebihan
Apakah tanda-tanda kanser mulut ?
Terdapat tanda-tanda kelainan seperti berikut di dalam mulut:
  • Ulser yang lambat atau tidak sembuh
  • Tompok putih (leukoplakia)
  • Tompok merah (erythroplakia)
  • Nafas berbau (halitosis)
Anda juga mungkin mengalami :
  • Kesakitan
  • Kesukaran mengunyah atau menelan atau menggerakkan lidah.
  • Rasa kebas pada lidah atau mana-mana bahagian dalam mulut.
  • Kesukaran membuka mulut.
http://www.myhealth.gov.my/myhealth/bm/$public/story_images/adult/OralCancer1.jpg
http://www.myhealth.gov.my/myhealth/bm/$public/story_images/adult/OralCancer2.gif

Komplikasi
Sel-sel kanser boleh merebak (metastasis) ke bahagian lain badan.

Apa yang perlu anda lakukan ?
Risiko mendapat kanser mulut boleh dikurangkan jika anda:
  • Tidak merokok
  • Tidak minum minuman alkohol
  • Tidak mengunyah tembakau / pinang
  • Kurangkan pendedahan terhadap cahaya matahari
  • Dapatkan pemeriksaan pergigian secara berkala di klinik pergigian
  • Lakukan pemeriksaan mulut sendiri
Kanser mulut dan tabiat merokok
Berhenti merokok melebih dari 3 tahun boleh mengurangkan risiko kanser mulut sebanyak 50%.

Pemeriksaan mulut sendiri
  • Pastikan cahaya terang. Berdiri di hadapan cermin dan tarik pipi menggunakan ibu jari dan jari telunjuk untuk melihat bahagian dalam mulut.
  • Perhatikan tompok-tompok putih atau merah terutama sekali pada luka atau ulser yang tidak sembuh.
  • Menggunakan ibu jari dan jari untuk periksa jika ada benjolan atau kelainan pada tisu. Sekiranya ada tanda-tanda tersebut, dapatkan nasihat doktor pergigian.
memo : Kepada mereka yang ade tande2 kenser mulut sila berjumpa doktor dgn segera ... 

Friday, January 21, 2011

Kesan Buruk Hidu Gam

Assalamualaikum ...


Keburukan menghidu gam

1. Kematian, kerana gam yang mengandungi bahan organic atau pelarut seperti toluene serta trichloroethylene itu adalah toksid yang boleh menggangu fungsi jantung. Jika di ambil secara berlebihan , bahan larutan itu akan menyebabkan denyutan jantung tidak stabil, manakala peredaran darah tidak teratur yang akhirnya boleh menyebabkan kematian.

2. Ia juga boleh memberi kesan serta merta seperti kesan euphoria iaitu kelihatan seronok tanpa sebab.

3. Seseorang itu juga boleh menjadi dan sekiranya terus di biarkan tidak mustahil boleh terjebak dengan ganja ataupun dadah.

4. Kesan lain ialah risiko menjadi nyanyuk, hilang ingatan, psikotik atau gila dan hilang upaya deria.

5. Boleh juga mengakibatkan kelumpuhan pada bahagian tertentu sekiranya di ambil berlebihan.

6. Hilang minat untuk belajar dan menjadi pemalas.

7. Merosakkan masa depan.

8. Boleh bertindak di luar kawalan dan melakukan sesuatu yang boleh membahayakan diri dan orang lain seperti mengamuk, bergaduh, merempit dan sebagainya.

Moral of the story : Hidu la bende lain ... bunga b'lambak bau wangi plk 2 nie nak gak idu gam ... pe dpt ???  

Wednesday, January 5, 2011

Pedih Ulu Hati



Pedih ulu hati disebabkan oleh asid perut menggangu kawasan bawah esofagus. Ia terjadi kerana injap di bahagian atas perut dikenali sebagai lower esophageal sphincter(LES) tidak tertutup. Asid ini memasuki esofagus yang tidak mempunyai lapisan penebat bahan kimia. Ini akan menyebabkan kesan kimia terjadi.
Kenyataan yang selalu digambarkan adalah sakit dada seperti terbakar. Selalunya terjadi selepas makan berat. 

Pedih ulu hati adalah gejala biasa. Sekiranya ia terjadi sekali sekala ianya tidak perlu dirisaukan. Namun ada sesetengah orang mengalaminya berkali kali malah ada yang setiap hari. Kekerapan ini boleh menyebabkan masalah yang lebih serius dan memerlukan perhatian perubatan. Kekerapan pedih ulu hati adalah gejala Gastro Esophageal Feflux Disease(GERD) .



Tanda dan Gejala
Gejala pedih ulu hati boleh terjadi dalam pelbagai jenis termasuk:
    • Rasa terbakar di dada di bawah tulang dada
    • Sakit dada selepas tunduk, berbaring dan selepas makan
    • Rasa terbakar dan kepanasan di dalam tekak atau, cecair panas masam, masin di belakang tekak
    • Sendawa
    • Batuk yang teruk
    • Suara menjadi serak
    • Pernafasan berbunyi seperti serangan asma.

Komplikasi
Sekiranya pedih ulu hati yang teruk, anda memerlukan diagnosa gastroesophageal reflux, Barret's esophagus, peptic ulser atau kanser. Berjumpalah doktor anda untuk mengesahkan dignosa tersebut. Komplikasinya termasuklah oesophagitis, strictures dan barret's oesophagus.

Rawatan 
Kebanyakan orang boleh mengawal ketidak selesaan pedih ulu hati dengan mengamalkan cara hidup sihat dan ubat ubatan tanpa preskripsi doktor. Tetapi sekiranya ia semakin teruk, ubatan ini mungkin hanya membantu untuk sementara waktu. Sekiranya anda mengalami(GERD) anda mungkin memerlukan ubatan lain untuk mengurangkan gejala.
Sekiranya mengalami pedih ulu hati yang teruk anda boleh menghilangkannya dengan menukar tabiat pemakanan anda. Berhenti merokok juga sangat membantu. Antacids atau bismuth subsalicylate boleh mengurangkan kesakitan pedih ulu hati dan meneutralkan asid perut bagi serangan sekali sekala dan boleh didapati di kedai-kedai ubat dan farmasi berhampiran anda. Metaclopramide juga diambil bagi mengosongkan perut dengan kadar segera. 

Pembedahan 
Pembedahan mungkin diperlukan untuk membetulkan lower oesophageal sphincter dan memberhentikan tidak balas refluk asid. Pembedahan boleh dilakukan dengan menggunakan laparoskop dan hanya memerlukan rawatan beberapa hari di hospital.

Gastroscopy perlu dilakukan hanya sekali sebelum pesakit menjalani pembedahan untuk melihat sejauh mana komplikasi seperti Barret's esophagus (keadaan kanser yang berpotensi, keadaan kanser dan akibat terlalu lama terdedah dengan asid) atau kanser esofagus. Sekiranya Berret's esophagus ditemui, proses gastroscopy tahunan perlu dilakukan bagi melihat perkembangan kanser maglinan. 

Pencegahan
Sukatan pemakanan 

Menukar amalan pemakanan boleh membantu mengurangkan gejala pedih ulu hati:
    • Mengenalpasti dan mengelakkan makanan yang sangat memberi kesan kepada anda. Elakkan makanan pedas dan berempah terutamanya kari, minuman berkarbonat dan makanan yang diawet.
    • Cuba untuk kurangkan makanan bergoreng dan berlemak. Kembung biasanya terjadi akibat memakan makan berlemak. Lemak akan melambatkan proses pencernaan dan menambahkan rasa perut yang penuh
Pengubahsuaian Cara hidup
    • Amalkan jumlah makanan yang sedikit. Makan jumlah yang sedikit dengan lebih kerap berbanding hanya dua atau tiga kali jumlah yang banyak.
    • Makan perlahan lahan, kunyah makanan dan elakkan dari terus menelan. Sekiranya anda mempunyai masalah, letakkan sudu dan garfu setiap kali suapan.
    • Jangan makan ketika merasa bimbang, cemas atau kecewa. Makanlah dalam keadaan tenang dengan perlahan lahan. Makan ketika dalam tekanan akan menyebabkan ketidakhadaman dalam perut .
    • Berhenti merokok. Menghisap rokok boleh menambahkan jumlah udara yang tertelan dan ketidakcernaan