Tuesday, August 16, 2011

Akil Baligh Yang Tidak Normal


Akil baligh yang awal dan lewat
Akil baligh yang awal
Kelewatan akil baligh
Definisi
  • Perkembangan seksual berlaku sebelum umur 8 tahun bagi kanak-kanak perempuan dan 9 tahun bagi kanak-kanak lelaki
  • Tidak ada tanda perkembangan seksual pada umur 13 tahun bagi perempuan dan 14 tahun bagi lelaki
Penyebab
  • Penyakit otak seperti tumor atau kesan masalah penyakit otak yang lalu
  • Keturunan
    (berlaku dalam keluarga)
  • Keabnormalan kromosom (genetik)
  • Penyakit kronik seperti penyakit buah pinggang, hati dan darah
Tanda - tanda dan gejala
Kanak-kanak Perempuan:
  • Pembentukan payudara berlaku sebelum umur 8 tahun
  • Pertumbuhan awal bulu-bulu badan: di ketiak dan kemaluan.
  • Kitaran haid bermula awal
Kanak-kanak Perempuan:
  • Tiada/ kurang pembentukan payudara pada umur 13 tahun
  • Jarak antara pembentukan payudara dan kitaran haid bermula lebih dari 5 tahun
  • Kurang bulu kemaluan pada umur 14 tahun
  • Ketiadaan permulaan kitaran haid pada umur 16 tahun
Kanak-kanak Lelaki:
  • Pembesaran awal pada zakar dan testis
  • Pertumbuhan awal bulu-bulu badan: di ketiak, kawasan kemaluan, misai dan janggut
  • Perubahan suara yang awal: lebih garau dan dalam
Kanak-kanak Lelaki:
  • Kurang perkembangan pada testis pada umur 14 tahun
  • Kurangnya pertumbuhan bulu pada umur 15 tahun
  • Perkembangan pembesaran alat genital (kelamin) melebihi 5 tahun

Diagnosis
Apakah yang boleh doktor lakukan? 
  • Doktor anda akan mengambil sejarah perubatan dari anda dan/atau ibu bapa anda.
  • Pemeriksaan fizikal akan dijalankan.Siasatan akan dibuat seperti melakukan ujian darah, x-ray dan ujian yang berkaitan bagi mencari sebarang punca.
Rawatan
Bagaimana perubahan ini boleh dihentikan? 
Terdapat 2 pilihan:
  • Merawat penyakit dasar/sebenar (seperti tumor pada ovari dan otak)
  • Terapi hormon untuk merawat hormon yang tak seimbang
Bagaimanakah saya boleh kembali setanding atau sama dengan rakan-rakan yang lain? 
Rawatan hormon yang khusus bagi kelewatan akil baligh akan ditentukan oleh doktor anda bergantung pada:
  • Umur, keseluruhan sejarah kesihatan dan perubatan anda
  • Tahap keadaan penyakit
  • Pendapat dan kehendak anda
Keputusan / kesan
Pengesanan dan rawatan awal akan menghasilkan keputusan yang baik.

Lari dari rumah



Golongan manakah yang melarikan diri dari rumah?
Golongan yang melarikan diri dari rumah kebanyakannya adalah dari golongan remaja yang meninggalkan rumah dengan niat tidak akan kembali semula. Sebahagian daripada remaja tersebut kembali selepas beberapa hari, minggu atau bulan tetapi sebahagian lagi tidak akan kembali lagi.

Kenapa remaja melarikan diri?
Remaja melarikan diri dari rumah kerana pelbagai sebab. Antaranya ialah:
  • Keganasan rumah tangga. Contoh:
    • Penderaan fizikal, emosi atau seksual
    • Percanggahan pendapat dengan ibu bapa, contoh pilihan pasangan, kurang kebebasan
    • Perselisihan dengan ibu bapa
    • Diabaikan oleh ibu bapa
  • Tekanan rakan sebaya. Contoh:
    • Tidak mampu memenuhi desakan rakan sebaya
    • Dipinggirkan
    • Dibuli
  • Masalah di sekolah. Contoh:
    • Harapan yang terlalu tinggi daripada guru
    • Prestasi pembelajaran yang rendah
    • Dikenakan hukuman yang berat
Adakah anda terfikir untuk melarikan diri?
Remaja yang terfikir untuk melarikan diri biasanya ada tanda-tanda seperti berikut:
  • Tidur yang tidak lena
  • Perubahan selera makan
  • Rasa gelisah
  • Kemurungan
  • Mudah marah
  • Nakal contohnya; ponteng sekolah, mencuri atau merokok
Bolehkan anda membantu diri anda dari melarikan diri?
YA, anda boleh! 
Sentiasa ada orang lain yang sudi mendengar masalah anda dan membantu anda walaupun anda tidak berfikir sedemikian.
Mereka ialah:
  • Saudara mara
  • Adik beradik
  • Jiran
  • Rakan sebaya
  • Guru-guru kaunseling
  • Guru-guru agama
Apa akan terjadi jika anda tidak mendapatkan bantuan?
Besar kemungkinan anda juga akan melarikan diri! 
Bahaya yang menunggu ialah sebagai pelarian, anda akan terperangkap dengan:
  • Dadah
  • Alkohol
  • Pornografi
  • Pelacuran
  • Jenayah
Antara komplikasi lain yang timbul adalah:
  • Sakit kelamin
  • Kehamilan di luar perkahwinan
  • Jangkitan HIV/AIDS
Remaja yang melarikan diri boleh juga mendapat masalah psikiatri seperti:
  • Kemurungan
  • Tekanan melampau pasca trauma
  • Kecelaruan tingkah laku
  • Sengaja mencederakan diri sendiri
  • Bunuh diri
Apa lagi yang boleh anda lakukan?
Selain dari melarikan diri, ada lagi alternatif lain yang lebih selamat:
  • Tinggal dengan rakan yang boleh dipercayai atau saudara sehingga tekanan tersebut berkurangan
  • Berbincang dengan ibu bapa
  • Jika anda didera, buat laporan polis
  • Buat laporan kepada pegawai kebajikan masyarakat untuk perlindungan sementara
  • Berbincang dengan guru kaunseling sekolah, jika anda ada masalah di sekolah
  • Laporkan kepada ibu bapa dan pihak berkuasa sekolah jika anda di buli
  • Luangkan lebih masa untuk belajar jika prestasi di sekolah tidak baik
  • Telefon talian pertolongan yang terdekat seperti BEFRIENDERS, Tele-dera dan lain-lain lagi
  • Minta nasihat dari doktor
"Ingat, melarikan diri bukan penyelesaian kepada masalah! Malah mungkin akan menambah lebih banyak masalah kepada anda!"

Dugaan Di Bulan Ramadhan (PG13)

Assalamualaikum ...
Pelbagai dugaan yang telah ami lalui masa dalam bulan ramadhan 2011 ini . Pada 1 Ogos bersamaman 1 Ramadhan ami telang mengalami kemalangan jalan raya yang tak pernah ami lalui sebelum ini . Pada hari yang sama juga ami dikejutkan dengan berita bahawa mak ami disahkan oleh doktor mengidapi penyakit kanser payudara (Breast censer)  . Segala-galanya berubah semenjak hari itu . Di sini ami nak kongsi seba sedikit tentang Breast Censer ( barah payudara ) ...



Apakah yang perlu anda tahu mengenai kanser payudara?
  • Ia adalah kanser yang kerap dikesan dikalangan wanita.
  • Ia adalah faktor utama kematian akibat kanser dikalangan wanita.
  • Ia adalah penyebab utama kematian awal.
  • 9% dari keseluruhan kanser di dunia.
  • 6 - 8% keseluruhan kematian kanser.
Adakah kanser payudara kerap berlaku di Malaysia?
Ya.
Di Malaysia, dianggarkan 27 wanita dari setiap 100,000 penduduk mengalami kanser payudara berbanding 18 wanita dari setiap 100,000 penduduk mengalami kanser pangkal rahim (penyebab kedua kanser yang sering berlaku dikalangan wanita). 
Dalam setahun dianggarkan seramai 2,700 - 3,000 kes baru didiagnosakan sebagai kanser payudara.

Adakah terdapat sebarang tanda amaran?
Ya. Jika anda mengalami keadaan-keadaan seperti berikut, sila berjumpa doktor atau pergi ke klinik kesihatan yang berhampiran.
  • Ketulan yang tidak sakit
    • Di payudara atau ketiak
  • Ruam yang berterusan
    • Sekeliling puting
  • Perdarahan atau lelehan luarbiasa dari puting.
  • Perubahan pada kulit
    • Bengkak dan menebal
    • Berlubang
    • Permukaan kulit yang berkedut
  • Puting tertarik ke dalam
Bagaimanakah saya perlu melihat perubahan tersebut?
Kebanyakan ketulan payudara dikesan oleh wanita itu sendiri.
  • Periksa payudara anda dengan kerap melalui Pemeriksaan Sendiri Payudara (PSP).
  • Melalui pemeriksaan berkala anda dapat mengesan walaupun satu ketul yang kecil
untuk maklumat lanjut sila layari lama web info sihat :

http://www.infosihat.gov.my/penyakit/Dewasa/KanserPayudara.php