Apa yang dikatakan nafas berbau?
Nafas berbau merujuk kepada bau mulut yang tidak menyenangkan. Kebiasaanya nafas berbau hanya pada waktu tertentu sahaja seperti selepas bangun tidur. Walau bagaimanapun, jika ianya berpanjangan, anda mesti berjumpa doktor pergigian untuk pemeriksaan.

Nafas berbau mungkin disebabkan oleh :
- Keadaan dalam mulut seperti :
- Makanan melekat di celah-celah gigi.
- Bau nafas ketika bangun tidur.
- Masalah pergigian seperti kerosakan gigi, penyakit gusi, gigi palsu tidak bersih dan ulser mulut.
- Mulut kering
- Tabiat merokok atau minum alkohol.
- Pengambilan jenis makanan yang tertentu seperti durian dan bawang putih.
- Masalah perubatan seperti :
- Penyakit saluran pernafasan ( farinks, larinks dan paru-paru ).
- Penyakit salur alimentari atau pemakanan ( esofagus dan perut ).
Apa yang anda boleh lakukan untuk mengelakkan nafas berbau?
Petua berikut dapat membantu menghindarkan nafas anda berbau :
Petua berikut dapat membantu menghindarkan nafas anda berbau :
- Penjagaan kesihatan mulut :
- Kekalkan tahap kesihatan mulut yang baik dengan
- memberus gigi, menggunakan flos, dan menggunakan bahan kumuran .
- bersihkan lidah menggunakan berus gigi atau tongue scraper.
- Jika memakai aplians ortodontik atau gigi palsu, anda perlu menjaga kebersihan peralatan tersebut.
- Dapatkan pemeriksaan pergigian secara berkala sekurang-kurangnya sekali setahun.
- Awasi diet :
- Minum banyak air dan kurangkan minum minuman yang mengandungi kafein.
- Lebihkan pengambilan sayur-sayuran segar berserat.
- Kunyah bunga cengkih atau gula-gula getah yang tidak mengandungi gula.
- Elakkan tabiat yang tidak sihat seperti merokok atau minum alkohol.
Nafas berbau & bahan kumuran
Bahan kumuran menyegarkan bau nafas untuk sementara waktu sahaja. Dapatkan pemeriksaan doktor pergigian kerana penggunaan bahan kumuran sahaja tidak menyelesaikan punca masalah yang menyebabkan nafas anda berbau.

No comments:
Post a Comment