- Cuaca panas memberi tekanan fizikal kepada tubuh manusia. Kesan terhadap kesihatan boleh jadi dari tahap sederhana (mild) kepada yang boleh menyebabkan maut contohnya akibat strok haba.
- Semua orang berisiko menjadi mangsa cuaca panas. Walau bagaimanapun, terdapat kumpulan yang lebih berisiko:
- Mereka yang terbabit dengan kegiatan aktiviti fizikal di luar seperti buruh, peladang, ahli sukan, tentera, polis dan lain-lain.
- Orang dewasa (berumur 40 tahun ke atas mempunyai risiko 10 kali ganda berbanding dengan mereka yang lebih muda).
- Kanak-kanak berumur 5 tahun ke bawah.
- Penghidap penyakit sistem pernafasan.
- Penghidap penyakit darah tinggi, jantung, kencing manis dan penyakit kelenjar tiroid.
Risiko bertambah jika mereka memakai pakaian yang tebal dan ketat yang menghalang haba keluar daripada penyejatan/ pengeringan peluh.
- Gejala cuaca panas melampau adalah :
- Sakit kepala
- Keletihan
- Lemah tumpuan
- Pening
- Lemah otot–otot atau kekejangan
- Mual dan muntah
Keadaan yang terlalu teruk boleh menyebabkan dehidrasi (kekeringan), kekeliruan dan tidak sedarkan diri (koma).
- Cara mencegah atau mengurangkan kesan terhadap kesihatan akibat cuaca panas melampau:
4.1 Anda Perlu :
- Minum air kosong dengan banyak tanpa mengira tahap aktiviti fizikal yang anda lakukan. Jangan tunggu sehingga anda dahaga.
- Minum minuman isotonik kerana ia boleh menggantikan garam dan mineral yang hilang semasa berpeluh.
- Sejauh yang mana yang boleh, anda perlu berada di dalam rumah/bangunan
- Hadkan aktiviti luar
- Kerap berehat
- Mandi atau gunakan kipas angin untuk menyejukkan tubuh badan anda
- Pakai pakaian yang ringan, berwarna-terang dan longgar.
- Pakai topi atau payung yang besar
- Minum minuman yang mengandungi kafein, alkohol, atau kandungan gula yang tinggi.
- Membiarkan seseorang di dalam kereta yang tertutup.
- Bersenam dalam cuaca panas
- Jika anda mempunyai tanda-tanda masalah berkaitan dengan suhu panas, ingat tip-tip di bawah;
- Keluar dari kawasan yang panas
- Tanggalkan pakaian yang ketat
- Letakkan kain yang basah dan sejuk pada badan
- Gunakan kipas untuk sejukkan badan
- Minum air setiap 15 minit
- Dapatkan bantuan jika keadaan tidak dapat dikawal
Monday, May 30, 2011
Cuaca Panas
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment