Dalam kitab al-Tazkirah fi Ahwal al-Mawata wa Umur al-Akhirah oleh Imam al-Qurtubi menceritakan berkenaan seorang lelaki yang dalam perjalanan untuk mencari hidayah telah bertemu dengan seorang sufi yang hebat , iaitu Ibrahim Adham .
Beliau bertanya , apakah ada ruang kepada beliau untuk melakukan maskiat .
Lalu dijawab oleh Ibrahim Adham :
"Kamu boleh melakukan maksiat dengan syarat :
- Jangan kamu makan rezeki Allah kerana tidak layak orang yang makn rezeki Allah derhaka kepada Allah.
- Jangan kamu tinggal di bumi Allah kerana tidak layak orang yang melakukan maksiat dan penderhaka kepada Allah tinggal di bumi Allah .
- Buatlah maksiat di tempat yang Allah tidak nampak kamu .
- Sekiranya malaikat maut datang hendak memcabut nyawamu , maka katakan kepada malaikat maut untuk menangguhkan sedikit masa lagi umurmu supaya kamu sempat bertaubat .
- Sekiranya Malaikat Zabaniah penjaga neraka datang hendak mengheretmu kedalam neraka , maka katakan kepadanya bahawa kamu tidak akan mengikutnya .
No comments:
Post a Comment