Friday, September 23, 2011

Kelakuan Mencederakan Diri Sendiri


Apakah itu kelakuan mencederakan diri sendiri?
Ialah satu tindakan yang menyebabkan kecederaan kepada tubuh badannya sendiri.
Mengapakah seseorang itu mencederakan diri sendiri?
Sebab-sebabnya termasuk:
  • Perasaan lega dari kesakitan emosi
  • Ingin bebas dari perasaan kekosongan dan kaku
  • Mengalih perhatian daripada perasaan negatif
  • Untuk dapatkan perhatian orang lain
  • Sebagai ugutan
  • Supaya orang lain rasa bersalah
Bagaimana untuk mengetahui seseorang itu cuba mencederakan diri mereka?
Kebanyakan mereka cuba menyembunyikannya dari orang lain.
Tanda-tanda amaran termasuk:
  • Kecederaan tanpa sebab
    • Seperti luka, kesan lebam, bekas cucuhan rokok
  • Menguncikan diri untuk jangka masa yang lama
  • Kesan kebakaran dan darah yang mencurigakan pada pakaian
  • Kelihatan murung
Bagaimanakah cara untuk membantu mereka?
Jalan yang terbaik ialah mencari jalan penyelesaian untuk mengendalikan situasi tersebut.
Jika seseorang itu marah, gelisah dan kecewa
  • Lakukan sesuatu aktiviti fizikal:
    • Menumbuk karung tinju
    • Tendang bola
    • Mainkan muzik yang kuat dan berjoget
    • Berjoging
    • Jerit sekuat hati atau menangis bila tiada orang di sekeliling anda
Jika seseorang itu rasa sedih, murung atau rasa bersendirian
  • Buat sesuatu yang merehatkan:
    • Mandi
    • Baca buku kegemaran
    • Dengar muzik kegemaran yang sentimental
    • Bersiar-siar di taman
    • Nyalakan lilin aromaterapi
  • Kongsi perasaan dengan rakan anda
Jika seseorang rasa kaku, menyendiri dan terasing
  • Lakukan sesuatu aktiviti yang boleh membuatkan anda merasa sesuatu contoh:
    • Mandi dengan air yang sejuk
    • Perah dengan kuat ketulan air batu
    • Mencubit diri sendiri
    • Gigit cili
Apa yang berlaku sekiranya bantuan tidak diberi?
Kelakuan mencederakan diri sendiri boleh mengakibatkan komplikasi yang serius seperti:
  • Komplikasi fizikal:
    • Parut
    • Perdarahan yang teruk
    • Ke patahan
    • Kematian
  • Komplikasi psikologi:
    • Rasa bersalah
    • Benci diri sendiri
    • Kemurungan
    • Marah
  • Komplikasi sosial:
    • Masalah pembelajaran
    • Masalah perhubungan
    • Masalah keluarga
Di manakah seseorang itu boleh mendapatkan bantuan?
Dapatkan bantuan dari:
  • Ibu bapa
  • Ahli keluarga yang boleh dipercayai
  • Guru kaunseling
  • Guru Agama
ATAU 

Dapatkan bantuan daripada:
  • Pakar Psikologi
  • Pakar Psikiatri

Sunday, September 18, 2011

Punca - punca seseorang jadi Pelupa

"Cikgu saya lupa bawa buku .... "
Sudah menjadi kebiasaan alasan ini digunakan oleh pelajar sekolah . Lupa merupakan satu penyakit yang belum diketemui ubatnya .
Punca - Punca Lupa :
  1. Makan semut
  2. Melihat benda-benda yang kotor 
  3. Melihat aurat lelaki / perempuan
  4. Suka tengok benda-benda Biru
Jadi kurangkanlah lakukan benda-benda yang tersurat di atas .