Adakah ia normal?
Lebih separuh daripada kanak-kanak lelaki yang mencapai peringkat akil baligh akan mempunyai saiz buah dada yang lebih besar dari normal. Ia mungkin
- Berlaku pada kedua-dua belah atau sebelah buah dada
- Sakit sekiranya dipicit
- Berukuran antara 1–5 sentimeter dikelilingi puting
- Lebih dari 90% saiz buah dada akan menurun dalam masa satu hingga tiga tahun peringkat pembesaran
Jika anda berada di peringkat akil baligh, anda tidak perlu rasa bimbang akan keadaan ini.
Adakah kerana saya gemuk?
- Setengah orang gemuk akan mengalami saiz buah dada yang tidak normal
- Ia sebenarnya kumpulan lemak di dada
- Sukar untuk bezakan antara lemak atau tisu buah dada. Tisu buah dada adalah lebih pejal
- Jika ia disebabkan tisu buah dada, ia dikenali sebagai Gynaecomastia
Adakah sebab lain bagi keadaan gynaecomastia?
Memang ada, tetapi JARANG berlaku.
- Ada sesetengah ubat boleh menyebabkan:
- Hormon perempuan (estrogen) boleh dikesan dalam krim atau ubat pil
- Ubat kemurungan atau penyakit jantung
- Steroid
- Ini mungkin disebabkan oleh pengambilan dadah jenis:
- Ganja atau Marijuana
- Heroin
- Ia juga berkaitan dengan penyakit:
- Sindrom Klinefelter's
- Penyakit hati yang teruk
- Ketumbuhan
Perlu kah saya berjumpa doktor?
Anda perlu berjumpa doktor sekiranya anda:
- Mendapati buah dada membesar sebelum peringkat akil baligh (sebelum berusia 9 tahun)
- Mendapati ada cairan keluar dari puting buah dada anda (sama ada cecair, susu atau darah)
- Sudah berusia melebihi 16 tahun tetapi masih mempunyai saiz buah dada yang tidak normal
- Berasa bimbang atau malu
Apakah rawatan yang ada?
Biasanya rawatan tidak perlu.
Doktor anda akan:
Doktor anda akan:
- Menanyakan soalan lanjutan. Beritahu doktor anda sekiranya ada mengambil ubatan, dadah atau krim
- Memeriksa anda
- Mengarahkan beberapa ujian bagi memastikan anda tidak mengidap sebarang penyakit yang jarang berlaku
- Mencadangkan pengambilan ubat sekiranya anda merasa sakit
Pada sesetengah kaum lelaki keadaan ini akan berkekalan. Ini mungkin menjejaskan kehidupan harian kerana menjadi bahan ejekan dan timbul rasa malu. Pembedahan untuk mengeluarkan lemak buah dada mungkin perlu. Ini akan dilakukan oleh pakar bedah plastik/pakar bedah am.
No comments:
Post a Comment