Friday, December 9, 2011

Godaan Syaitan


Syaitan merupakan makhluk Allah S.W.T yang tidak pernah jemu berusaha menyesatkan dan mendorong manusia untuk melakukan kemungkaran dan mengendahkan semua larangan Allah . Syaitan menggoda manusia dari depan , belakang , kiri dan kanan dengan strategi :
  1. Menggoda dari depan iaitu membisikkan kepada umat islam supaya meragui kehidupan akhirat 
  2. Menggoda dari belakang iaitu membisikkan supaya umat islam mencintai dunia 
  3. Menggoda dari sebelah kanan iaitu membisikkan supaya manusia meragui perintah agama 
  4. Menggoda dari sebelah kiri iaitu membisikkan kepada umat islam supaya terjerumus dalam perbuatan dosa .
Oleh itu , umat islam haruslah sentiasa meminta perlindungan daripada Allah S.W.T dengan membaca 
Audzubillahi minasy syaitahanir rajim "

Allah S.W.T juga terlah bersabda yang bermaksud : "Dan katakan , "Wahai Tuhanku , aku berlindung kepada-Mu daripada hasutan syaitan-syaitan dan aku berlindung kepada-Mu , wahai Tuhanku , supaya syaitan-syaitan itu tidak menghampiriku.". Apabila kita sentiasa mengingati Allah nescaya Allah akan melindungi kita dari hasutan , pujuk rayu dan tipu daya Syaitan .



Sekian , Assalamualaikum ..

No comments:

Post a Comment