Friday, December 9, 2011

Walimah


Musim cuti sekolah merupakan masa yang ditunggu-tunggu oleh kanak-kanak kerana mereka dapat berehat setelah bertukus-lumus berlajar di sekolah . Masa cuti sekolah juga ditunggu-tunggu untuk pasangan kekasih untuk melangsungkan perkahwinan .

Walimah bermaksud kenduri pada bahasa . Hukum untuk melakukan walimah ataupun kenduri ini ialah sunat mu'akkad ataupun sunat yang dituntut . Rasulullah S.A.W pernah pernah melihat kesan berwarna kuning pada tubuh Abdul Rahman Bin 'Auf lantas baginda bertanya : "Apakah ini ?" lantas Abdul Rahman menjawab : "Wahai Rasulullah , aku telah berkahwin dengan seorang wanita dengan nilai emas seberat biji buah tamar (kurma) .".Lalu baginda bersabda yang bermaksud : "Semoga Allah memberkatimu dan buatlah walimah walaupun dengan seekor kambing ."

Tujuan melakukan walimah :

  • bagi pasangan suami isteri yang baru mendirikan rumah tangga , sedah semestinya bertujuan untuk mengumumkan kepada ahli keluaraga , sahabat handai , jiran tertangga dan masyarakat bahawa mereka sudah menjadi pasangan yang sah dan mengzahirkan rasa gembira keatas nikmat tersebut .
  • walimah juga bertujuan untuk memuliakan orang miskin tanpa membezakan orang kaya dan orang miskin .
Rasulullah pernah bersabda yang bermaksud : " Seburuk-buruk makanan ialah makanan walimah yang hanya menjemput orang kaya dan ditinggalakn orang miskin ." riwayat Al-Baihaqi .

Pantang larang walimah :
cuba jauhi menyerupai cara yang dilakukan oleh orang bukan islam yang kebanyakan bercanggah dengan syariat islam . Sebagai contoh :
  • majlis tari menari 
  • pergaulan bebas diantara lelaki dan perempuan 
  • unsur-unsur pendedahan aurat 
  • hidangan-hidangan yang tidak halal ataupun hidangan yang memudaratkan .


Sumber dari Solusi isu 38 : Syurga Itu Benar .

No comments:

Post a Comment